Pusat Kualiti Akademik Universiti  |  Universiti Sains Malaysia

JAMINAN KUALITI DALAMAN

  1. Memastikan program akademik USM mematuhi arahan dan dasar kualiti mengikut keperluan Universiti, Agensi Kelayakan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi serta badan
    profesional.
  2. Berfungsi sebagai unit Jaminan Kualiti Dalaman (IQA) dalam merancang, menyelaras dan memberi bimbingan jaminan kualiti program akademik
  3. Membantu Jawatankuasa IQA di peringkat PTJ dalam melaksanakan audit dalaman terhadap program dan kursus-kursus yang ditawarkan secara berkala
  4. Menjalankan penandaarasan amalan terbaik kebangsaan dan antarabangsa berkaitan jaminan kualiti dalaman program akademik USM bagi tujuan peningkatan kualiti berterusan
  5. Menjalankan penandaarasan amalan terbaik kebangsaan dan antarabangsa berkaitan jaminan kualiti dalaman program akademik USM bagi tujuan peningkatan kualiti berterusan
  6. Mewakili USM dalam Majlis Pengurusan Kualiti Universiti Awam (MPQ) dan Malaysian Higher Education Institutions Quality Assurance Network (MyQAN)

PUSAT RUJUKAN PEMBANGUNAN DAN SEMAKAN KURIKULUM

  1. Menjadi pusat rujukan kepada Pusat Tanggungjawab, PTJ (Pusat Pengajian / Pusat / Institut) dalam membangunkan program akademik baharu dan menyemak kurikulum program sedia ada bagi mematuhi keperluan Universiti, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi, dan badan profesional berkaitan
  2. Merancang dan melaksana latihan/bengkel/seminar/taklimat berkaitan pembangunan dan semakan kurikulum bagi tujuan jaminan kualiti program akademik.


PEMANTAUAN PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL

  1. Memantau pelaksanaan Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) program-program akademik yang ditawarkan di semua PTJ
  2. Merangka dan menjalankan seminar / bengkel / latihan pematuhan OBE secara berkala kepada staf akademik dan pentadbir di peringkat PTJ

SISTEM JAMINAN KUALITI AKADEMIK

  1. Menyelaras Sistem Jaminan Kualiti Akademik berkaitan OBE, Borang Penawaran Kursus, dokumentasi fail kursus dan pencapaian hasil pembelajaran

Pusat Kualiti Akademik
Universiti (PKAUSM)

Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-653 6571 / 6572   |  Emel : pusatkualitiakademik@usm.my