Pusat Kualiti Akademik Universiti  |  Universiti Sains Malaysia

Pembangunan Kurikulum

PENAWARAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU - PRASISWAZAH

Proses ini adalah sebagai pematuhan program akademik kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan Standard Program (jika ada), serta memenuhi sebahagian syarat Status Swaakreditasi (Self-Accrediting).

Berikut adalah proses kerja yang perlu dilaksanakan untuk sesuatu program akademik bagi mendapatkan kelulusan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT);

  1. Penyerahan Kertas Cadangan Program Akademik/Ijazah Baharu atau Penstrukturan Semula Kurikulum kepada PKA
  2. Penilaian Kertas Cadangan oleh PKA
  3. Perakuan oleh Jawatankuasa Perancangan Akademik (JPA)
  4. Kelulusan Penawaran Program Akademik di Mesyuarat Saringan Awal (MSA), Jawatan Kuasa Pengajian Tinggi (JKPT)
  5. Penilaian Akreditasi Sementara oleh Pusat Swaakreditasi (PSA)
  6. Kelulusan Akreditasi Sementara oleh Jawatankuasa Swaakreditasi (JSA)
  7. Kelulusan Cadangan Penawaran Program Baharu oleh Senat
  8. Perakuan oleh Lembaga Gabenor Universiti (LGU)
  9. Penyerahan Kertas Cadangan kepada Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) oleh Pendaftar untuk makluman
  10. Makluman keputusan JPT kepada PTJ, Senat dan PKA oleh Pendaftar
  11. Penawaran program oleh PTJ

Sila muat turun prosedur berikut bagi perincian proses kerja;

1. Prosedur Penawaran Program Akademik Baharu

Maklumat ini dikhaskan kepada Staf dan Pelajar berdaftar USM sahaja. 

Sila LOGIN menggunakan :
User Name : nama@usm.my / nama@student.usm.my
Password Campusonline : password email rasmi staf / pelajar USM

 

PENAWARAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU - PASCASISWAZAH

Proses ini adalah sebagai pematuhan program akademik kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan Standard Program (jika ada), serta memenuhi sebahagian syarat Status Swaakreditasi (Self-Accrediting).

Berikut adalah proses kerja yang perlu dilaksanakan untuk sesuatu program akademik bagi mendapatkan kelulusan oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT);

  1. Penyerahan Kertas Cadangan Program Akademik/Ijazah Baharu atau Penstrukturan Semula Kurikulum kepada PKA
  2. Penilaian Kertas Cadangan oleh PKA
  3. Perakuan oleh Majlis Pengajian Siswazah Universiti (MPSU) 
  4. Penilaian Akreditasi Sementara oleh Pusat Swaakreditasi (PSA)
  5. Kelulusan Akreditasi Sementara oleh Jawatankuasa Swaakreditasi (JSA)
  6. Kelulusan Cadangan Penawaran Program Baharu oleh Senat
  7. Perakuan oleh Lembaga Gabenor Universiti (LGU)
  8. Penyerahan Kertas Cadangan kepada Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) oleh Pendaftar untuk makluman
  9. Makluman keputusan JPT kepada PTJ, Senat dan PKA oleh Pendaftar
  10. Penawaran program oleh PTJ

Sila muat turun prosedur berikut bagi perincian proses kerja;

1. Prosedur Penawaran Program Akademik Baharu

Maklumat ini dikhaskan kepada Staf dan Pelajar berdaftar USM sahaja. 

Sila LOGIN menggunakan :
User Name : nama@usm.my / nama@student.usm.my
Password Campusonline : password email rasmi staf / pelajar USM

  • Hits: 574

Pusat Kualiti Akademik
Universiti (PKAUSM)

Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-653 6571 / 6572   |  Emel : pusatkualitiakademik@usm.my