Pusat Kualiti Akademik Universiti  |  Universiti Sains Malaysia

Pemantauan OBE

LATIHAN & BIMBINGAN KEPADA PTJ

Merangka dan menjalankan seminar / bengkel / latihan pematuhan OBE secara berkala kepada staf akademik dan pentadbir di peringkat PTJ. 

SEMAKAN AMALAN OBE

Proses ini adalah sebagai pematuhan program akademik kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan Standard Program (jika ada) serta memenuhi sebahagian syarat Status Swaakreditasi (Self-Accrediting).

Semakan dan pematuhan kepada Outcome-Based Education (OBE) ditumpukan kepada penyediaan dan kesempurnaan Fail Kursus bagi setiap Semester / Sidang Akademik.

Komponen Fail Kursus adalah Borang Penawaran Kursus (BPK), Pemetaan Kursus - PO, Pelan Pengajaran / Pelan Kursus yang berpandukan kepada dua instrumen yang disediakan oleh PKA iaitu;

  1. Borang Rubrik Penilaian Fail Kursus, dan
  2. Borang Senarai Semak Audit Fail Kursus OBE.

Komponen lain bagi Fail Kursus adalah dokumen berkaitan Vetting Peperiksaan, yang berpandukan kepada Borang Vetting Exam, Borang Perakuan Kerahsiaan dan Borang Perisytiharan Persaudaraan Pelajar yang disediakan oleh Unit Peperiksaan Universiti dan PKA.

Maklumat dan bukti perubahan Exam Work (EW) kepada Course Work (CW) juga perlu disertakan dalam Fail Kursus, jika ada.

Sila muat turun prosedur berikut bagi perincian proses kerja;

  1. Prosedur Semakan Amalan OBE

Maklumat ini dikhaskan kepada Staf dan Pelajar berdaftar USM sahaja. 

Sila LOGIN menggunakan :
User Name : nama@usm.my / nama@student.usm.my
Password Campusonline : password email rasmi staf / pelajar USM

  • Hits: 645

Pusat Kualiti Akademik
Universiti (PKAUSM)

Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-653 6571 / 6572   |  Emel : pusatkualitiakademik@usm.my