Pusat Kualiti Akademik Universiti  |  Universiti Sains Malaysia

Semakan Kurikulum Program Akademik

Proses ini adalah sebagai pematuhan program akademik kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan Standard Program (jika ada) serta memenuhi sebahagian syarat Status Swaakreditasi (Self-Accrediting).

Berikut adalah proses kerja yang perlu dilaksanakan untuk sesuatu program akademik yang perlu melalui proses kajian semula/ semakan kurikulum;

  1. Semakan kurikulum sebelum tamat tempoh Akreditasi Penuh (Full Accreditation, FA)
  2. Pembentangan hasil semakan kurikulum di bawah Jawatankuasa Perancangan Akademik (JPA) untuk program Sarjana Muda / Majlis Pengajian Siswazah Universiti (MPSU) untuk program Sarjana / Kedoktoran, dengan makluman langkah penambahbaikan yang telah dilakukan.

Sila muat turun prosedur berikut bagi perincian proses kerja;

  1. Prosedur Semakan Kurikulum Sedia Ada

Maklumat ini dikhaskan kepada Staf dan Pelajar berdaftar USM sahaja. 

Sila LOGIN menggunakan :
User Name : nama@usm.my / nama@student.usm.my
Password Campusonline : password email rasmi staf / pelajar USM

 

  • Hits: 2665

Pusat Kualiti Akademik
Universiti (PKAUSM)

Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-653 6571 / 6572   |  Emel : pusatkualitiakademik@usm.my