Skip to main content


Aktiviti

2012 - KUNJUNGAN KERJA KE AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

  • Pusat Kualiti Universiti (PKU) dan Seksyen Senat USM telah mengadakan lawatan ke Agensi Kelayakan Malaysia pada 29 Mei 2012. Lawatan ini membincangkan perkara-perkara berikut:
    1. Semakan syarat/keperluan terkini dalam proses kelulusan penawaran program akademik USM, Keperluan MQA dan Jabatan Pengajian Tinggi;
    2. Proses pemantauan perjalanan program akademik;
    3. Proses audit akreditasi program akademik untuk universiti swaakreditasi. Semakan kepatuhan proses yang dilaksanakan di USM. Antara isu yang dibincangkan: Dokumentasi untuk audit, panel auditor, instrumen penilaian audit, format laporan audit, proses perakuan dalaman di USM, pendaftaran dalam MQR dsb