Skip to main content

Tentang kami


Profil

Universiti Sains Malaysia (USM) telah dianugerahkan Status Swaakreditasi pada 29 April 2010 susulan penilaian oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) melalui Audit Prestasi Akademik (Academic Performance Audit, APA) / Audit Institusi yang telah dilaksanakan pada 8 hingga 12 Mac 2010.

Audit Institusi ini merupakan penilaian luaran yang dijalankan oleh Panel Auditor MQA, yang menilai Laporan Penilaian Kendiri (Self-Review Report) serta menjalankan lawatan tapak bagi mengesahkan maklumat yang dikemukakan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT). Panel tersebut seterusnya mengemukakan laporan akhir kepada MQA.

Hasil daripada penilaian tersebut, MQA telah mencadangkan penubuhan sebuah Pusat Kualiti yang komprehensif dengan kerangka pentadbiran yang jelas serta memberi penekanan khusus terhadap kualiti program akademik. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi universiti untuk melaksanakan dan mengekalkan status Universiti APEX di bawah Pejabat Naib Canselor.

APRIL & MEI 2010 Pusat Kualiti Universiti (PKU) telah ditubuhkan pada April 2010 di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi menyelia dan memperkukuh jaminan kualiti program akademik. Pada Mei 2010, Jawatankuasa Kualiti Program Akademik (JKPA) turut ditubuhkan bagi menyokong PKU dalam melaksanakan fungsinya.

2013 & 2015 Pada peringkat awal, PKU beroperasi di Pejabat Antarabangsa, Bangunan C09, dan diketuai oleh seorang Pengurus Kualiti. Pada Januari 2013, struktur kepimpinan telah disemak semula dan jawatan tersebut dinaik taraf kepada Pengarah. Pada Jun 2015, PKU telah berpindah ke Bangunan Canselori II.

AKHIR 2018 Pada penghujung tahun 2018, PKU dijenamakan semula sebagai Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKA), mencerminkan peluasan peranan serta komitmen berterusan terhadap kecemerlangan akademik.

Visi, Misi & Objektif

Objektif Utama

Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKA) berperanan sebagai Unit Jaminan Kualiti Dalaman dalam merancang, menyelaraskan, melaksana dan memantau aktiviti jaminan kualiti dalaman program-program akademik, dan sebagai pusat rujukan, latihan dan penasihatan berkaitan pembangunan program akademik baharu dan semakan kurikulum program sedia ada agar mematuhi keperluan Universiti, Agensi Kelayakan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan badan profesional serta membantu pengekalan status swaakreditasi Universiti Sains Malaysia.

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan jaminan kualiti akademik melalui pemastian program-program akademik yang berkualiti.

To be a renowned centre of excellence for academic quality assurance via quality assurance of academic programmes.

Misi

Menjadi pemangkin kepada pencapaian pendidikan dan budaya kerja berkualiti di USM.

To be a catalyst for the attainment of quality education and quality work culture in USM.

Terma Rujukan

Peranan dan Fungsi Strategik

PKA berperanan sebagai pusat rujukan institusi bagi tadbir urus jaminan kualiti akademik universiti, selaras dengan aspirasi universiti, keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan badan profesional.

Tadbir Urus dan Kerangka Jaminan Kualiti Akademik

  1. Merangka, menyelaraskan dan mengemas kini polisi, kerangka dan garis panduan jaminan kualiti akademik universiti, selaras dengan keperluan nasional.
  2. Memastikan pelaksanaan, penguatkuasaan keselarasan dan koheren antara polisi, proses dan amalan jaminan kualiti akademik di peringkat universiti dan PTJ.
  3. Memberi pandangan kualiti berasaskan bukti kepada pihak pengurusan universiti berkaitan isu tadbir urus akademik, kelestarian program dan penambahbaikan sistemik.

Sokongan Kepada Jaminan Kualiti di Peringkat PTJ

PKA berfungsi sebagai pemudah cara dan rakan strategik kepada Jawatankuasa IQA PTJ dengan:

  1. Menyediakan panduan, templat dan sokongan teknikal berkaitan pembangunan, semakan dan penambahbaikan program akademik.
  2. Memberi khidmat nasihat berkaitan penjajaran kurikulum dengan Kerangka Kelayakan Malaysia.
  3. Menyokong PTJ dalam penyediaan dan pemantapan dokumentasi bagi tujuan audit dan akreditasi, tanpa mengambil alih tanggungjawab pelaksanaan PTJ.

Jaminan Kualiti Dalaman dan Kesediaan Audit

  1. Menyelaras kesediaan institusi bagi proses audit, termasuk penyediaan kompilasi dokumen dan bukti institusi.
  2. Memastikan proses jaminan kualiti dalaman universiti selaras dengan keperluan audit dan akreditasi.
  3. Menyokong pembangunan budaya Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) berasaskan bukti di peringkat institusi.

Pemantauan dan Penambahbaikan Berasaskan Bukti

  1. Menggalakkan penggunaan data dan bukti jaminan kualiti bagi menyokong perbincangan akademik dan keputusan tadbir urus universiti.
  2. Menyumbang kepada perbincangan strategik universiti berkaitan kelestarian portfolio program dan kesiapsiagaan masa hadapan, selaras dengan hala tuju institusi.

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKA)

Pengarah
Pembantu Tadbir / Setiausaha
Timbalan Pengarah
Jaminan Kualiti Dalaman
Pusat Rujukan Pembangunan & Semakan Kurikulum
Pemantauan Pendidikan Berasaskan Hasil
Sistem Jaminan Kualiti Akademik
Ketua Pegawai Sains
Ketua Penolong Pendaftar
Pembantu Tadbir
Pembantu Tadbir
Pembantu Tadbir