Perkhidmatan
Pembangunan Kurikulum
PENAWARAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU (PRASISWAZAH)
MQF & SwaakreditasiProses ini adalah sebagai pematuhan program akademik kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dan Standard Program (jika ada), serta memenuhi sebahagian syarat Status Swaakreditasi (Self-Accrediting). Berikut adalah proses kerja kelulusan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT):
Muat Turun Perincian Proses Kerja (Prasiswazah)
Sila muat turun prosedur berikut untuk rujukan penuh.
Akses Staf & Pelajar USM Sahaja
Sila LOGIN menggunakan:
User Name: /
Password Campusonline: password email rasmi staf / pelajar USM
PENAWARAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU (PASCASISWAZAH)
MQF & SwaakreditasiProses ini adalah sebagai pematuhan program akademik kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dan Standard Program (jika ada), serta memenuhi sebahagian syarat Status Swaakreditasi (Self-Accrediting). Berikut adalah proses kerja kelulusan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT):
Muat Turun Perincian Proses Kerja (Pascasiswazah)
Sila muat turun prosedur berikut untuk rujukan penuh.
Akses Staf & Pelajar USM Sahaja
Sila LOGIN menggunakan:
User Name: /
Password Campusonline: password email rasmi staf / pelajar USM
Semakan Kurikulum
Semakan Kurikulum
MQF & SwaakreditasiProses ini adalah sebagai pematuhan program akademik kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan Standard Program (jika ada) serta memenuhi sebahagian syarat Status Swaakreditasi (Self-Accrediting).
Proses Kerja Kajian Semula / Semakan Kurikulum
Muat Turun Perincian Proses Kerja
Sila muat turun prosedur berikut bagi perincian proses kerja.
Akses Staf & Pelajar USM Sahaja
Sila LOGIN menggunakan:
User Name: /
Password Campusonline: password email rasmi staf / pelajar USM
Pemantauan OBE
Latihan & Bimbingan Kepada PTJ
Merangka dan menjalankan seminar / bengkel / latihan pematuhan OBE secara berkala kepada staf akademik dan pentadbir di peringkat PTJ.
Semakan Amalan OBE
MQF & SwaakreditasiProses ini adalah sebagai pematuhan program akademik kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan Standard Program (jika ada) serta memenuhi sebahagian syarat Status Swaakreditasi (Self-Accrediting).
Penumpuan Semakan
Semakan dan pematuhan kepada Outcome-Based Education (OBE) ditumpukan kepada penyediaan dan kesempurnaan Fail Kursus bagi setiap Semester / Sidang Akademik.
Komponen Fail Kursus
Borang Penawaran Kursus (BPK), Pemetaan Kursus - PO, Pelan Pengajaran / Pelan Kursus yang berpandukan kepada dua instrumen PKA:
- Borang Rubrik Penilaian Fail Kursus
- Borang Senarai Semak Audit Fail Kursus OBE
Komponen Lain Fail Kursus: Dokumen berkaitan Vetting Peperiksaan yang berpandukan kepada Borang Vetting Exam, Borang Perakuan Kerahsiaan, dan Borang Perisytiharan Persaudaraan Pelajar yang disediakan oleh Unit Peperiksaan Universiti dan PKA.
Bukti Perubahan: Maklumat dan bukti perubahan Exam Work (EW) kepada Course Work (CW) juga perlu disertakan dalam Fail Kursus, jika ada.
Muat Turun Perincian Proses Kerja
Sila muat turun prosedur berikut bagi perincian proses kerja.
Akses Staf & Pelajar USM Sahaja
Sila LOGIN menggunakan:
User Name: /
Password Campusonline: password email rasmi staf / pelajar USM
Jaminan Kualiti Dalaman
Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKA)
Tadbir Urus InstitusiPusat Kualiti Akademik (PKA) berperanan sebagai pusat rujukan institusi dalam tadbir urus jaminan kualiti akademik universiti yang menyokong kecemerlangan akademik secara menyeluruh. Peranan ini dilaksanakan selaras dengan aspirasi universiti, keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), serta kehendak badan profesional yang berkaitan.
Peneraju Pengurusan Jaminan Kualiti
Bertanggungjawab merangka, menyelaras dan mengemas kini polisi, kerangka serta garis panduan universiti bagi memastikan keselarasan dengan keperluan nasional dan standard semasa. PKA memastikan pelaksanaan, penguatkuasaan, serta koheren antara polisi, proses dan amalan jaminan kualiti akademik di peringkat universiti dan PTJ.
Pemudah Cara & Rakan Strategik PTJ
Menyediakan panduan, templat dan khidmat teknikal berkaitan pembangunan, semakan dan penambahbaikan program akademik, termasuk nasihat penjajaran kurikulum dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) serta memperkukuh dokumentasi audit dan akreditasi.
Jaminan Kualiti Dalaman & Kesiapsiagaan Audit
Menyelaras persediaan institusi untuk menghadapi proses audit melalui penyediaan kompilasi dokumen serta bukti institusi yang komprehensif, serta menyokong pembangunan budaya Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) berasaskan data.
Keputusan Berasaskan Data & Bukti
Menggalakkan penggunaan data dan bukti jaminan kualiti dalam menyokong perbincangan akademik serta keputusan tadbir urus universiti berkaitan kelestarian portfolio program dan kesiapsiagaan masa hadapan.
EXCO Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKA)
Penasihat StrategikEXCO Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKA) merupakan panel penasihat strategik yang dilantik oleh PKA bagi menyokong usaha memperkukuh sistem dan amalan jaminan kualiti dalaman akademik Universiti Sains Malaysia (USM). EXCO PKA menghimpunkan ahli akademik yang mempunyai pengalaman, kepakaran dan kredibiliti dalam bidang jaminan kualiti akademik, pembangunan kurikulum, pengurusan program akademik serta pendidikan tinggi.
Peranan EXCO PKA adalah memberikan pandangan, nasihat dan input strategik kepada PKA dalam pelaksanaan Internal Quality Assurance (IQA), Continuous Quality Improvement (CQI), pembangunan dan semakan dasar serta garis panduan akademik, di samping menyokong inisiatif penambahbaikan berterusan kualiti akademik Universiti. Fungsi EXCO PKA adalah bersifat konsultatif dan penasihatan strategik, tertakluk kepada dasar, peraturan dan tatacara pengurusan Universiti yang berkuat kuasa.
Terma Rujukan EXCO PKA USM
Felo Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKA)
Penghubung StrategikFelo PKA berperanan sebagai penghubung strategik antara PKA dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam memastikan pelaksanaan jaminan kualiti akademik universiti dilaksanakan secara berkesan, konsisten dan selaras dengan keperluan semasa (MQA, MQF, dan Badan Profesional).
Terma Rujukan Felo PKA USM
Jawatankuasa Jaminan Kualiti Dalaman (JKIQA) PTJ
Pelaksana Peringkat PTJJKIQA PTJ berperanan merancang, melaksanakan dan memantau hal ehwal Jaminan Kualiti Akademik bagi memastikan semua program akademik di peringkat PTJ sentiasa memenuhi keperluan universiti, MQA, KPT, dan Badan Profesional mengikut prinsip Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI).
Terma Rujukan JKIQA PTJ USM
1 Merancang, Melaksanakan & Memantau Kualiti Akademik PTJ
- Memastikan staf memahami dan mengamalkan konsep & sistem OBE.
- Memberi bimbingan OBE kepada staf akademik PTJ.
- Mengadakan bengkel analisis PEO, PLO, CLO, dan PLO/CLO Attainment.
4 Sokongan Akreditasi (SAR / SRR / COPPA)
Membantu JK SRR Program PTJ dalam proses penyediaan SAR/SRR untuk Akreditasi Sementara, Akreditasi Penuh, atau Penilaian Pematuhan dengan memastikan ketepatan mengikut keperluan COPPA sebelum dihantar ke JKD SWA.
7 Pengurusan Sistem OBE-CQI
- Memastikan proses CLO & PLO Attainment dilaksanakan.
- Memastikan program memenuhi MQF & Standard Program Badan Profesional.
- Meneliti dan menyemak PEO, PLO, CLO, dan rubrik secara berkala.
- Memastikan pematuhan SOP BAA, PKA, PSA, MQA, dan KPT.
- Mendapatkan maklum balas pemegang taruh secara berterusan.