Pengarah Pusat Kualiti Universiti telah memberikan Taklimat Pengurusan Kualiti Perkhidmatan kepada pegawai yang menguruskan aspek perkhidmatan di PTJ USM. Taklimat yang diadakan pada 15 Oktober 2012 ini adalah bertujuan untuk;
1. Memberi pendedahan dan maklumat terkini kepada pentadbir/pegawai berhubung aktiviti yang melibatkan kualiti perkhidmatan universiti;
2. Menilai proses dan prosedur serta peranan PKUSM dan PTJ dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan universiti; dan
3. Mendapatkan maklum balas dan pandangan berkaitan cadangan pelaksanaan aktiviti kualiti perkhidmatan universiti.