Skip to main content


Hebahan

1/2023 - PENGGUNAAN EDISI TERKINI GARIS PANDUAN AMALAN BAIK: PEMBANGUNAN DAN PENYAMPAIAN PROGRAM (GUIDELINES TO GOOD PRACTICES: PROGRAMME DEVELOPMENT AND DELIVERY, GGP: PDD)

MQA telah melaksanakan kajian semula GGP:PDD berasaskan perkembangan semasa dan input daripada pihak berkepentingan untuk memastikan kandungan dokumen GGP:PDD adalah komprehensif dan selaras dengan perkembangan pendidikan tinggi yang dinamik.

Justeru, hasil daripada kajian ini pihak MQA telah menambah baik tajuk dokumen daripada Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum kepada Garis Panduan Amalan Baik: Pembangunan dan Penyampaian Program (Guidelines to Good Practices: Programme Development and Delivery, GGP:PDD).

Dokumen GGP:PDD ini menggariskan amalan-amalan baik dalam bidang pembangunan dan penyampaian program dan mengandungi komponen-komponen berikut:

  • Section 1 : Introduction
  • Section 2: Statement of Educational Objectives of Academic Programmes and Learning Outcomes
  • Section 3: Programme Development: Process, Content, Structure and TeachingLearning Methods
  • Section 4: Programme Delivery

Turut disertakan di sini adalah Dokumen GGP:PDD ini untuk perhatian bersama.