Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKA) berperanan sebagai Unit Jaminan Kualiti Dalaman dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti jaminan kualiti dalaman program-program akademik, dan sebagai pusat rujukan, latihan dan penasihatan berkaitan pembangunan program akademik baharu dan semakan kurikulum program sedia ada agar mematuhi keperluan Universiti, Agensi Kelayakan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan badan profesional serta membantu pengekalan status swaakreditasi Universiti Sains Malaysia.