Pusat Kualiti Akademik Universiti  |  Universiti Sains Malaysia

2010 - TAKLIMAT KUALITI PROGRAM AKADEMIK PTJ

Pusat Kualiti Universiti (PKU) telah menganjurkan Taklimat Kualiti Program Akademik PTJ pada 11 Oktober 2010. Taklimat ini dihadiri oleh Dekan/Pengarah, Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah (Akademik & Pembangunan Pelajar) dan Penolong Pendaftar di setiap PTJ (Pusat Pengajian/Pusat Kecemerlangan). Pelan Tindakan Jaminan Kualiti USM dan Lima (5) dokumen proses dan prosedur telah dibentangkan, iaitu:

i. Pelan Tindakan Jaminan Kualiti USM;
ii. Prosedur Penawaran Program Akademik/ Ijazah Baharu;
iii. Prosedur Penilaian Kursus Secara Berkala di Peringkat PTJ (Sekurang-kurangnya satu kali setahun);
iv. Prosedur Penstrukturan Semula Kurikulum (Pengubahsuaian melebihi 30%);
v. Prosedur Penambahbaikan/Semakan Semula Kurikulum Program Akademik di Peringkat Universiti (Penambahbaikan Mengikut Jangkamasa 3-5 tahun); dan
vi. Prosedur Audit Dalaman Program Akademik PTJ.

  • Hits: 313

Pusat Kualiti Akademik 
Universiti (PKAUSM)

Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-653 6571 / 6572   
Emel : pusatkualitiakademik@usm.my

  • Last Modified: Thursday 18 December 2025.

Penafian :

Laman web ini menggunakan komponen GTranslate bagi tujuan terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris (US). Sekiranya terdapat sebarang ketidaktepatan dalam terjemahan, versi Bahasa Melayu hendaklah dirujuk sebagai rujukan rasmi laman web ini.