Pusat Kualiti Akademik Universiti  |  Universiti Sains Malaysia

PERANAN DAN FUNGSI STRATEGIK

  1. PKA berperanan sebagai pusat rujukan institusi bagi tadbir urus jaminan kualiti akademik universiti, selaras dengan aspirasi universiti, keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan badan profesional.

Tadbir Urus dan Kerangka Jaminan Kualiti Akademik

  1. Merangka, menyelaras dan mengemas kini polisi, kerangka dan garis panduan jaminan kualiti akademik universiti, selaras dengan keperluan nasional.
  2. Memastikan pelaksanaan, penguatkuasaan keselarasan dan koheren antara polisi, proses dan amalan jaminan kualiti akademik di peringkat universiti dan PTJ.
  3. Memberi pandangan kualiti berasaskan bukti kepada pihak pengurusan universiti berkaitan isu tadbir urus akademik, kelestarian program dan penambahbaikan sistemik.

Sokongan kepada Jaminan Kualiti di Peringkat PTJ

PKA berfungsi sebagai pemudah cara dan rakan strategik kepada Jawatankuasa IQA PTJ dengan:

  1. Menyediakan panduan, templat dan sokongan teknikal berkaitan pembangunan, semakan dan penambahbaikan program akademik.
  2. Memberi khidmat nasihat berkaitan penjajaran kurikulum dengan Kerangka Kelayakan Malaysia.
  3. Menyokong PTJ dalam penyediaan dan pemantapan dokumentasi bagi tujuan audit dan akreditasi, tanpa mengambil alih tanggungjawab pelaksanaan PTJ.

Jaminan Kualiti Dalaman dan Kesediaan Audit

  1. Menyelaras kesediaan institusi bagi proses audit, termasuk penyediaan kompilasi dokumen dan bukti institusi.
  2. Memastikan proses jaminan kualiti dalaman universiti selaras dengan keperluan audit dan akreditasi.
  3. Menyokong pembangunan budaya Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) berasaskan bukti di peringkat institusi.

Pemantauan dan Penambahbaikan Berasaskan Bukti

  1. Menggalakkan penggunaan data dan bukti jaminan kualiti bagi menyokong perbincangan akademik dan keputusan tadbir urus universiti.
  2. Menyumbang kepada perbincangan strategik universiti berkaitan kelestarian portfolio program dan kesiapsiagaan masa hadapan, selaras dengan hala tuju institusi.

Pusat Kualiti Akademik 
Universiti (PKAUSM)

Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-653 6571 / 6572   
Emel : pka@usm.my

  • Last Modified: Thursday 02 April 2026.

Penafian :

Laman web ini menggunakan komponen GTranslate bagi tujuan terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris (US). Sekiranya terdapat sebarang ketidaktepatan dalam terjemahan, versi Bahasa Melayu hendaklah dirujuk sebagai rujukan rasmi laman web ini.