2011 - SEMAKAN KURIKULUM PROGRAM AKADEMIK SARJANA MUDA & SARJANA
(i) Semakan Kertas Cadangan Untuk Kelulusan Secara Blanket Approval Oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengadakan satu sesi semakan kertas cadangan bagi semua program akademik Sarjana Muda di USM pada 14 Januari 2011 untuk memastikan setiap program memenuhi keperluan yang ditetapkan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Semakan kertas cadangan ini dilakukan ke atas program yang telah diperakukan untuk kelulusan secara blanket approval oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diketuai oleh Prof. Madya Zarida Hambali bersama-sama 6 orang pegawai manakala USM diwakili oleh Dekan, Timbalan Dekan (Akademik & Pembangunan Pelajar) dan Penolong Pendaftar setiap PTJ.
Pada 18 Januari 2011, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memberi kelulusan secara blanket approval kepada 74 program akademik Sarjana Muda dan 6 program akademik Sarjana (P.P. Siswazah Perniagaan) di USM. Walau bagaimanapun, setiap PTJ dikehendaki untuk mengemaskini kertas cadangan semakan kurikulum bagi program akademik Sarjana Muda yang diluluskan dan diserahkan kepada Pusat Kualiti Universiti (PKU) selewat-lewatnya pada 14 Februari 2011.
(ii) Cadangan Penambahan Unit Kursus Universiti (Kod U) di USM Sebagai Memenuhi Syarat Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN)
Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) telah menetapkan peratusan bagi setiap komponen Kursus Universiti, Kursus Teras, dan Kursus Minor/Elektif. Perkara ini telah dibincangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Akademik (JPA) ke-170 pada 16 November 2010 dan Pusat Kualiti Universiti, Bahagian Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa diminta untuk mengemukakan cadangan bagi penambahan unit Kursus Universiti (Kod U).
Kertas Cadangan Penambahan Unit Kursus Universiti (Kod U) di USM Sebagai Memenuhi Syarat Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) telah disediakan dan dibincangkan semasa Mesyuarat Ke-3 Jawatankuasa Kualiti Program Akademik (JKPA) pada 17 Disember 2010.
Pada 5 Januari 2011, satu mesyuarat khas melibatkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa), Pengurus Kualiti Pusat Kualiti Universiti, Pengerusi Jawatankuasa Kualiti Program Akademik (JKPA) dan semua Dekan/Timbalan Dekan (Akademik & Pembangunan Pelajar) telah diadakan untuk membincangkan perkara ini dan memohon maklum balas daripada Pusat Pengajian.
Kertas Cadangan Penambahan Unit Kursus Universiti (Kod U) di USM Sebagai Memenuhi Syarat Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) telah dibentangkan untuk pengesahan Jawatankuasa Perancangan Akademik (JPA) pada 10 Januari 2011. JPA akan memajukan kertas cadangan tersebut untuk kelulusan Senat.
Kertas cadangan berkenaan telah diluluskan oleh Mesyuarat ke-206 Senat Universiti yang bermesyuarat pada 17 Februari 2011.
(iii) Cadangan Takrifan Unit/Kredit Sistem Akademik USM
Takrifan Unit/Kredit Sistem Akademik USM diperolehi daripada Unit Senat. Semasa sesi semakan kertas cadangan untuk kelulusan secara blanket approval oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 14 Januari 2011, USM menerima komen berkaitan takrifan unit/kredit yang sepatutnya diselaraskan di peringkat Pusat Pengajian.
Perkara ini telah dimaklumkan kepada wakil Jawatankuasa Perancangan Akademik (JPA) dan Unit Senat semasa Mesyuarat Ke-3 Jawatankuasa Kualiti Program Akademik (JKPA) pada 17 Disember 2010. JPA akan mengambil tindakan selanjutnya untuk membawa perkara ini ke Senat.
(iv) Dokumen Kertas Cadangan Semakan Kurikulum
Semasa sesi semakan kertas cadangan untuk kelulusan secara blanket approval oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 14 Januari 2011, USM menerima komen berkaitan penyediaan Hasil Pembelajaran bagi Kursus Universiti yang tidak selaras di peringkat Pusat Pengajian.
Pihak yang menawarkan Kursus Universiti diminta menyediakan Hasil Pembelajaran (PO), Taksonomi Pembelajaran (LT), Kemahiran Insaniah (SS) dan Masa Pembelajaran Pelajar (SLT) bagi Kursus Universiti yang ditawarkan. Unit Senat akan mengumpulkan kesemua dokumen ini dan diserahkan kepada PKU untuk disalurkan kepada semua PTJ bagi penyediaan dokumen Kertas Cadangan Semakan Kurikulum.
- Hits: 319