Pusat Kualiti Akademik Universiti  |  Universiti Sains Malaysia

2013 - MESYUARAT MAJLIS PENGURUSAN KUALITI IPTA (MPQ-IPTA)

Mesyuarat Majlis Pengurusan Kualiti IPTA (MPQ-IPTA) merupakan acara rasmi yang menghimpunkan semua ketua pengurusan kualiti di 20 universiti di Malaysia. Majlis ini bertujuan sebagai platform perhubungan, perbincangan dan perkongsian amalan baik berkaitan pengurusan kualiti di universiti. Terma rujukan MPQ-IPTA adalah:

1. Sebagai platform untuk perkongsian kualiti akademik dan pengurusan
2. Sebagai platform untuk perkongsian amalan baik dalam pengurusan kualiti
3. Sebagai platform untuk mewakili universiti awam dalam merekabentuk aktiviti berkaitan kualiti untuk kepentingan bersama
4. Menjadi badan rasmi yang mewakili universiti awam dalam perhubungan antara organisasi kualiti dalam dan luar negara dengan pengurusan universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dilantik sebagai Sekretariat dan Pengarah Pusat Jaminan Kualiti UKM (CQA), Prof. Ir. Dr. Shahrir Abdullah telah dilantik sebagai Pengerusi bagi tempoh 2012-2013.

Sepanjang 2013, tiga (3) mesyuarat telah diadakan bagi membentangkan laporan berkaitan pengurusan dan penambahbaikan kualiti, audit dan penandaarasan, anugerah kualiti dan hal-hal lain berkaitan kualiti, daripada setiap universiti/ahli Majlis. Selain itu, Majlis turut membincangkan Kertas Kerja Untuk Mengemukakan Perkara/Isu Berkaitan Jaminan Kualiti kepada Mesyuarat JPT-MQA Tentang Kajian Semula Dasar-Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti.

  • Hits: 380

Pusat Kualiti Akademik 
Universiti (PKAUSM)

Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-653 6571 / 6572   
Emel : pka@usm.my

  • Last Modified: Thursday 02 April 2026.

Penafian :

Laman web ini menggunakan komponen GTranslate bagi tujuan terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris (US). Sekiranya terdapat sebarang ketidaktepatan dalam terjemahan, versi Bahasa Melayu hendaklah dirujuk sebagai rujukan rasmi laman web ini.