Pusat Kualiti Akademik Universiti  |  Universiti Sains Malaysia

2015 - MESYUARAT MAJLIS PENGURUSAN KUALITI IPTA (MPQ-IPTA)

Mesyuarat Majlis Pengurusan Kualiti IPTA (MPQ-IPTA) merupakan acara rasmi yang menghimpunkan semua ketua pengurusan kualiti di 20 universiti di Malaysia. Majlis ini bertujuan sebagai platform perhubungan, perbincangan dan perkongsian amalan baik berkaitan pengurusan kualiti di universiti. Terma rujukan MPQ-IPTA adalah:

  1. Sebagai platform untuk perkongsian kualiti akademik dan pengurusan
  2. Sebagai platform untuk perkongsian amalan baik dalam pengurusan kualiti
  3. Sebagai platform untuk mewakili universiti awam dalam merekabentuk aktiviti berkaitan kualiti untuk kepentingan bersama
  4. Menjadi badan rasmi yang mewakili universiti awam dalam perhubungan antara organisasi kualiti dalam dan luar negara dengan pengurusan universiti

Universiti Malaya (UM) telah dilantik sebagai Sekretariat dan Pengarah Pusat Pengurusan dan Kecemerlangan Kualiti UM (QMEC), Prof. Dr. Suzeini Abd Halim telah dilantik sebagai Pengerusi bagi tempoh 2015-2016.

Sepanjang 2015, tiga (3) mesyuarat telah diadakan bagi membentangkan laporan berkaitan pengurusan dan penambahbaikan kualiti, audit dan penandaarasan, anugerah kualiti dan hal-hal lain berkaitan kualiti, daripada setiap universiti/ahli Majlis. Selain itu, mesyuarat turut membentangkan dan membincangkan;

  1. Garis Panduan Penulisan Program Akademik oleh JPT
  2. Kertas Cadangan Penggunaan Manual AUN-QA dan Latihan Untuk Pelaksanaan, Penilaian Dalaman dan Penambahbaikan Program Akademik 
  • Hits: 460

Pusat Kualiti Akademik 
Universiti (PKAUSM)

Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-653 6571 / 6572   
Emel : pka@usm.my

  • Last Modified: Thursday 02 April 2026.

Penafian :

Laman web ini menggunakan komponen GTranslate bagi tujuan terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris (US). Sekiranya terdapat sebarang ketidaktepatan dalam terjemahan, versi Bahasa Melayu hendaklah dirujuk sebagai rujukan rasmi laman web ini.