Pusat Kualiti Akademik Universiti  |  Universiti Sains Malaysia

2/2025 - PENYEDIAAN MAKLUMAT PEMETAAN PEO-IEG DAN PLO-IEG MENGIKUT MQF EDISI KEDUA (2024)

 

Susulan kepada hebahan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) pada 30 Jun 2023 dan hebahan Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKA) pada 30 September 2024, semua program akademik USM perlu melaksanakan pemetaan Objektif Pendidikan Program (Program Educational Objectives, PEO) dan Hasil Pembelajaran Program (Programme Learning Outcomes, PLO) kepada Matlamat Pendidikan Institusi (Institutional Educational Goal, IEG) yang digubal berdasarkan atribut HEBAT, dan seterusnya memaparkan pemetaan PEO- IEG dan PLO-IEG ini di laman sesawang PTJ bagi setiap program akademik.

Sehubungan itu, semua Pusat Pengajian / Pusat / Institut diminta untuk mengemaskini pemetaan PEO-IEG dan PLO-IEG berdasarkan panduan dan contoh pemetaan PEO-IEG dan pemetaan PLO-IEG (Lampiran A). Setiap PTJ dan program akademik diminta untuk menyediakan maklumat berikut;

(i)         Pemetaan PEO-IEG dan PLO-IEG menggunakan format yang dilampirkan (Lampiran B)

(ii)        Muat naik pemetaan PEO – IEG dan PLO - IEG di laman sesawang PTJ bagi setiap program akademik

 Tarikh akhir penyediaan maklumat ini adalah pada 28 Februari 2025

  • Hits: 359

Pusat Kualiti Akademik 
Universiti (PKAUSM)

Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-653 6571 / 6572   
Emel : pusatkualitiakademik@usm.my

  • Last Modified: Thursday 30 October 2025.

Penafian :

Laman web ini menggunakan komponen GTranslate bagi tujuan terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris (US). Sekiranya terdapat sebarang ketidaktepatan dalam terjemahan, versi Bahasa Melayu hendaklah dirujuk sebagai rujukan rasmi laman web ini.