SEMAKAN KURSUS KAEDAH PENYELIDIKAN (RESEARCH METHODOLOGY)
Sebagaimana yang digariskan dalam Garis Panduan Pembangunan Program Akademik Universiti Awam (GPPA) Edisi Kedua (2018), semua program akademik perlu melaksanakan semakan kurikulum sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh TIGA (3) hingga LIMA (5) tahun. Semakan kurikulum boleh dilaksanakan lebih awal berdasarkan ketetapan standard program bagi bidang pengajian atau keperluan akreditasi badan profesional.
Semakan kurikulum adalah aktiviti menyeluruh yang melibatkan penilaian keberkesanan pelaksanaan program dan pencapaian hasil pembelajaran secara holistik. Penambahbaikan Kualiti Berterusan (Continual Quality Improvement, CQI) adalah proses utama dalam usaha meningkatkan kualiti kurikulum program akademik sedia ada yang perlu dilaksanakan di peringkat kursus, program, dan akhir pengajian bagi setiap kohort pelajar.
Sehubungan itu, sebagai pemilik kursus-kursus Kaedah Penyelidikan POL 500/3, KAA 500/3, TRX 500/3, EKC 500/3, RUL 670/3, AGW 716/3 dan AGW 717/3, semua Pusat Pengajian/ Pusat/ Institut diminta untuk;
(i) Melaksanakan semakan bagi kursus Kaedah Penyelidikan (Research Methodology)
(ii) Menyerahkan Borang Penawaran Kursus (BPK) yang telah disemak, ditambahbaik dan diluluskan oleh Majlis PTJ / Majlis Pengajian Siswazah Transdisiplinari (MPST) kepada Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKA) untuk semakan, ulasan dan perakuan (format BPK dilampirkan)
Tarikh akhir penyerahan maklumat ini adalah pada 15 Mac 2025.
- Hits: 7