Pusat Kualiti Akademik Universiti  |  Universiti Sains Malaysia

4/2025 - DOKUMEN BAGI PELANTIKAN PENASIHAT LUAR DAN PENILAI LUAR PROGRAM

Taklimat melalui Sesi Townhall: Perkongsian Proses Audit Pematuhan Program Akademik Ijazah Tinggi Mod Penyelidikan Bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ) pada Khamis, 13 Februari 2025 adalah berkaitan.

Sebagaimana sedia maklum, pihak Universiti telah mula melaksanakan pelan tindakan bagi persediaan Audit Pengekalan Swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) yang akan dijalankan pada 2027. Dalam hal ini, setiap program pascasiswazah mod penyelidikan perlu melantik Penasihat Luar dan Penilai Luar Program bagi memenuhi keperluan Audit Pematuhan Program Akademik Ijazah Tinggi Mod Penyelidikan yang akan dilaksanakan oleh Pusat Swaakreditasi, PSA mulai April 2025.

Sehubungan itu, disertakan dokumen-dokumen berikut untuk kegunaan PTJ bagi tujuan proses pelantikan Penasihat Luar dan Penilai Luar Program:

            (a) Garis Panduan Pelantikan Penilai Luar, Penasihat Luar, Pemeriksa Luar Klinikal dan Pemeriksa Luar Tesis

            (b) Prosedur Operasi Standard (SOP) Penilai Luar

            (c) Butir Jaya Diri Penasihat Luar / Penilai Luar

            (d) Borang Laporan Penasihat Luar – Program Pascasiswazah

            (e) Borang Laporan Penilai Luar – Program Pascasiswazah

PTJ diminta untuk berhubung dengan pihak Institut Pengajian Siswazah (IPS) bagi tadbir urus pelantikan Penasihat Luar dan Penilai Luar Program.

  • Hits: 863

Pusat Kualiti Akademik 
Universiti (PKAUSM)

Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-653 6571 / 6572   
Emel : pusatkualitiakademik@usm.my

  • Last Modified: Thursday 30 October 2025.

Penafian :

Laman web ini menggunakan komponen GTranslate bagi tujuan terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris (US). Sekiranya terdapat sebarang ketidaktepatan dalam terjemahan, versi Bahasa Melayu hendaklah dirujuk sebagai rujukan rasmi laman web ini.