Pusat Kualiti Akademik Universiti  |  Universiti Sains Malaysia

SEMAKAN KURIKULUM PROGRAM AKADEMIK PRASISWAZAH DAN PASCASISWAZAH

Sebagaimana yang digariskan dalam Garis Panduan Pembangunan Program Akademik Universiti Awam (GPPA) Edisi Kedua, semua program akademik perlu melaksanakan semakan kurikulum sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh TIGA (3) hingga LIMA (5) tahun. Bagi program baharu, semakan kurikulum perlu dibuat selepas kohort pertama bergraduat. Semakan kurikulum boleh dilaksanakan lebih awal berdasarkan ketetapan standard program bagi bidang pengajian atau keperluan akreditasi badan profesional.

Semakan kurikulum adalah aktiviti menyeluruh yang melibatkan penilaian keberkesanan pelaksanaan program dan pencapaian hasil pembelajaran secara holistik. Penambahbaikan Kualiti Berterusan (Continual Quality Improvement, CQI) adalah proses utama dalam usaha meningkatkan kualiti kurikulum program akademik sedia ada yang perlu dilaksanakan di peringkat kursus, program, dan akhir pengajian bagi setiap kohort pelajar.

Proses pemantauan dan semakan program akademik melibatkan proses CQI yang memerlukan maklumat berikut;

(i)

Laporan Penasihat Luar program

(ii)

Laporan Penilai Luar dan Maklum Balas Panel Penasihat Industri

(iii)

Peratus Kebolehpasaran Graduan (Graduate Employability, GE) bagi program sedia ada, maklumbalas pemegang taruh dan pelajar bergraduat dalam tempoh (Graduate on Time, GOT)

(iv)

Laporan Penilaian Kendiri

Sehubungan itu, semua Pusat Pengajian/ Pusat/ Institut diminta untuk;     

(i)

Menentusahkan senarai program akademik Prasiswazah dan Pascasiswazah (Sarjana Mod Kerja Kursus, Mod Campuran dan Mod Penyelidikan, dan Doktor Falsafah) yang ditawarkan (termasuk Aktif, Jumud, Beku dan Lupus) berdasarkan pautan Senarai Program Prasiswazah dan Pascasiswazah yang diperakukan Senat dan pautan Daftar Kelayakan Malaysia (MQR)

(ii)

Memulakan proses semakan kurikulum bagi program pascasiswazah yang mana kali terakhir semakan kurikulum berlaku sebelum tahun 2023

(iii)

Memulakan proses semakan kurikulum bagi program prasiswazah yang mana kali terakhir semakan kurikulum berlaku sebelum tahun 2021

(iv)

Mencadangkan tarikh / perancangan untuk semakan kurikulum seterusnya berdasarkan item (ii) dan (iii) di atas menggunakan Lampiran 1 – Perancangan PTJ Untuk Semakan Kurikulum Sedia Ada

 Tarikh akhir penyerahan maklumat (i) dan (iv) adalah pada 15 April 2025.

 Proses semakan kurikulum perlu dimaklumkan kepada pihak-pihak berikut;           

(i)

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) bagi urusan pelantikan panel Penasihat Luar / Penilai Luar program prasiswazah

(ii)

Majlis Pengajian Siswazah Universiti (MPSU) bagi urusan pelantikan panel Penasihat Luar / Penilai Luar program pascasiswazah

(iii)

Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKA) bagi tujuan penyediaan, semakan dan perakuan Kertas Cadangan Semakan Kurikulum (termasuk Borang Penawaran Kursus, BPK)

(iv)

Sekretariat JPA/MPSU selepas perakuan PKA dan Majlis PTJ bagi Kertas Cadangan Semakan Kurikulum

 Dokumen bagi proses semakan kurikulum boleh dirujuk kepada pautan Dokumen Semakan Kurikulum atau laman sesawang PKA di https://quality.usm.my/

Untuk makluman PTJ, maklumat yang dikemukakan ini akan dipanjangkan kepada Pusat Swaakreditasi (PSA) bagi tujuan pelaksanaan Audit Pematuhan (Compliance Evaluation, CE) program akademik. 

  • Hits: 40

Pusat Kualiti Akademik
Universiti (PKAUSM)

Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-653 6571 / 6572   |  Emel : pusatkualitiakademik@usm.my

  • Last Modified: Wednesday 07 May 2025.