Pusat Kualiti Akademik Universiti  |  Universiti Sains Malaysia

DOKUMEN UNTUK PENYEDIAAN LAPORAN PENILAIAN KENDIRI (SELF-REVIEW REPORT) PROGRAM PASCASISWAZAH MOD PENYELIDIKAN

Taklimat melalui Sesi Townhall: Perkongsian Proses Audit Pematuhan Program Akademik Ijazah Tinggi Mod Penyelidikan Bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ) pada Khamis, 13 Februari 2025 adalah berkaitan.

Sebagaimana sedia maklum, pihak Universiti akan melalui proses Audit Pengekalan Swaakreditasi oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) yang akan dilaksanakan pada 2027, dan persediaan untuk menghadapi sesi audit ini perlu dilaksanakan mulai tahun ini. Antara persediaan yang perlu dilakukan oleh PTJ adalah penyediaan Laporan Penilaian Kendiri Program (Self-Review Report, SRR) yang komprehensif dan memenuhi keperluan Audit Pematuhan Program Akademik Ijazah Tinggi Mod Penyelidikan.

Sehubungan itu, disertakan dokumen-dokumen berikut (di dalam pautan) untuk rujukan dan kegunaan PTJ bagi tujuan penyediaan SRR:

(i)

Contoh Laporan Penilaian Kendiri (Self-Review Report, SRR) Program Pascasiswazah Mod Penyelidikan yang telah disediakan oleh Institut Pengajian Siswazah (IPS)

(ii)

Kit IQA PTJ (bagi tujuan penulisan SRR dan penyediaan dokumen sokongan)

(iii)

Senarai Semak Fail Penyeliaan Pelajar Pascasiswazah (bagi tujuan

penyediaan Fail Penyeliaan Pelajar Pascasiswazah)

Setiap program pascasiswazah mod penyelidikan diminta untuk menyediakan;

(i)

Fail Penyeliaan Pelajar bagi setiap pelajar yang masih aktif, dan

(ii)

Fail Penyeliaan bagi pelajar yang telah bergraduasi (sekurang-kurangnya lima (5) Fail Penyeliaan Pelajar Sarjana dan lima (5) Fail Penyeliaan Pelajar Kedoktoran).

PTJ juga diingatkan semula untuk melaksanakan pemetaan Objektif Pendidikan Program (Program Educational Objectives, PEO) dan Hasil Pembelajaran Program (Programme Learning Outcomes, PLO) kepada Matlamat Pendidikan Institusi (Institutional Educational Goal, IEG) yang digubal berdasarkan atribut HEBAT, dan seterusnya memaparkan pemetaan PEO- IEG dan PLO-IEG ini di laman sesawang PTJ bagi setiap program akademik.

  • Hits: 6

Pusat Kualiti Akademik
Universiti (PKAUSM)

Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-653 6571 / 6572   |  Emel : pusatkualitiakademik@usm.my

  • Last Modified: Wednesday 07 May 2025.