Pusat Kualiti Akademik Universiti  |  Universiti Sains Malaysia

2/2024 - PEKELILING MQA BIL. 5 2024 : PEMAKAIAN MQF EDISI KEDUA (2024)

Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah menerbitkan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) Edisi Kedua (2017) yang telah dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 April 2020 melalui Pekeliling MQA Bil. 2/2018 bertarikh 20 Mac 2018.

Sehingga kini, dokumen MQF telah menjadi rujukan utama kepada semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan tinggi negara. Selaras dengan perkembangan pendidikan tinggi semasa dan maklum balas daripada pihak berkepentingan, MQA telah melaksanakan pengemaskinian terhadap dokumen MQF Edisi Kedua (2017) bagi memastikan dukomen ini adalah kekal relevan dan terkini.

Pengemaskinian dokumen MQF Edisi Kedua (2024) dilaksanakan dengan pengukuhan bagi perkara berikut:

  1. Values-Based Education (VBE);
  2. Flexible Learning Pathways;
  3. Global Sustainability Agenda; dan
  4. Harmonisation of MQF with other Sectoral/ Occupational/ Frameworks

Dokumen MQF Edisi Kedua (2024) ini akan menjadi rujukan utama kepada semua Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) dalam menjamin kualiti pendidikan tinggi negara. Pemakaian terhadap dokumen ini akan dilaksanakan dalam tempoh transisi dua tahun daripada tarikh pekeliling ini dengan mengambil kira penyesuaian, penjajaran dan pembangunan dokumen jaminan kualiti berkaitan yang dikemas kini secara berperingkat. Pematuhan dokumen jaminan kualiti yang telah dijajarkan dengan MQF Edisi Kedua (2024) adalah tertakluk kepada tarikh pemakaian dokumen tersebut.

Untuk makluman juga, dokumen MQF Edisi Kedua (2024) tersebut boleh dirujuk dan dimuat turun melalui laman web MQA: www.mqa.gov.my

  • Hits: 516

Pusat Kualiti Akademik 
Universiti (PKAUSM)

Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-653 6571 / 6572   
Emel : pusatkualitiakademik@usm.my

  • Last Modified: Thursday 28 August 2025.

Penafian :

Laman web ini menggunakan komponen GTranslate bagi tujuan terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris (US). Sekiranya terdapat sebarang ketidaktepatan dalam terjemahan, versi Bahasa Melayu hendaklah dirujuk sebagai rujukan rasmi laman web ini.