3/2024 - PELAKSANAAN PENGGUNAAN PLO MENGIKUT 5 KLUSTER DAN 11 DOMAIN MQF2.0
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah menerbitkan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) Edisi Kedua 2017 yang telah dikuatkuasakan sepenuhnya pada 01 April 2020 melalui Pekeliling MQA Bil. 2/2018 bertarikh 20 Mac 2018, dan dokumen ini turut memperkenalkan pemakaian 5 Kluster (11 domain) MQF 2.0.
Selanjutnya melalui Pekeliling MQA Bil. 5/2024 bertarikh 01 Ogos 2024, pihak MQA telah menerbitkan dokumen MQF Edisi Kedua (2024) yang mengekalkan kesemua 5 Kluster (11 Domain) MQF 2.0 tersebut. Semua Pemberi Pendidikan Tinggi diberikan tempoh transisi selama dua tahun daripada tarikh 01 Ogos 2024 untuk mematuhi dokumen jaminan kualiti berkenaan.
Namun begitu, di peringkat USM, 11 PLO yang telah digunakan semenjak penguatkuasaan pemakaian MQF Edisi Kedua 2017 adalah tidak mengikut susunan 5 Kluster (11 domain) MQF 2.0 berkenaan. Amalan ini telah ditegur oleh beberapa Ahli Panel Penilai MQA semasa aktiviti akreditasi program-program di USM sebelum ini.
Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Senat Ke-289 pada 26 September 2024 telah meluluskan cadangan untuk pemakaian Hasil Pembelajaran Program (PLO) mengikut susunan 5 Kluster (11 domain) MQF 2.0. Mesyuarat Senat ini juga telah meluluskan pemakaian susunan 11 PLO tersebut akan bermula pada Semester 1, Sidang Akademik 2024/2025.
Susunan baharu 11 Hasil Pembelajaran Program (PLO) yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Senat Ke-289 adalah seperti berikut:
OBE Computational and Database System (OCADS) turut akan dikemaskini untuk tujuan penyelarasan yang sama.
- Hits: 43