Pusat Kualiti Akademik Universiti  |  Universiti Sains Malaysia

4/2024 - PERINCIAN KEPADA PELAKSANAAN PEMAKAIAN PLO MENGIKUT 5 KLUSTER DAN 11 DOMAIN MQF 2.0

Surat USM/PKA/002/d bertarikh 30 September 2024: Pelaksanaan Pemakaian Hasil Pembelajaran Program (PLO) Mengikut 5 Kluster dan 11 Domain MQF 2.0 adalah berkaitan.

Sehubungan dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa kemaskini pemakaian PLO mengikut 5 Kluster dan 11 Domain MQF 2.0 yang telah diluluskan di Mesyuarat Senat Ke-289 pada 26 September 2024 tidak memerlukan kelulusan Borang Penilaian Kursus (BPK) yang baharu. Ini bermakna, BPK semasa dalam format Excel yang telah diluluskan oleh Majlis PTJ perlu dikekalkan seperti sedia ada. Namun begitu, pemetaan setiap CLO kepada PLO terkini perlu dikemaskini selaras dengan perubahan PLO dalam sistem OCADS dan ia juga perlu ditunjukkan dalam Pelan Pengajaran kursus bagi Semester 1, Sidang 2024/2025 ini.

Selain daripada itu, dimaklumkan juga perubahan PLO yang mengikut ketetapan MQF 2.0 ini hanya perlu dilaksanakan untuk program yang akan melalui proses semakan kurikulum atau program baharu sahaja. Dengan lain perkataan, pernyataan-pernyataan PLO dan BPKBPK baharu perlu disediakan membabitkan perubahan PLO ini sekiranya pihak PTJ ingin membuat semakan kurikulum ataupun ingin mencadangkan pembangunan satu program baharu.

  • Hits: 22

Pusat Kualiti Akademik
Universiti (PKAUSM)

Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-653 6571 / 6572   |  Emel : pusatkualitiakademik@usm.my

  • Last Modified: Thursday 29 May 2025.