Pusat Kualiti Akademik Universiti  |  Universiti Sains Malaysia

5/2024 - DOKUMEN TERKINI MENGENAI PELANTIKAN PENASIHAT LUAR DAN PENILAI LUAR PROGRAM

Pelantikan Penasihat Luar dan Penilai Luar program merupakan salah satu keperluan MQA dan KPT dalam Pembangunan Kurikulum dan Semakan Kurikulum Sedia Ada. Bagi memenuhi keperluan ini, beberapa dokumen berkaitan telah dibangun dan dimurnikan.

Selaras dengan keperluan ini, dimajukan dokumen-dokumen untuk rujukan dan kegunaan PTJ selanjutnya seperti berikut:

  1. Garis Panduan Pelantikan Penilai Luar, Penasihat Luar, Pemeriksa Luar Klinikal dan Pemeriksa Luar Tesis (diluluskan oleh Senat Ke-288 pada 25 Julai 2024).
  2. Borang Laporan Penasihat Luar Program Prasiswazah, Ogos 2024
  3. Borang Laporan Penilai Luar Program Prasiswazah, Ogos 2024
  4. Borang Laporan Penasihat Luar Program Pascasiswazah, Ogos 2024
  5. Borang Laporan Penilai Luar Program Pascasiswazah, Ogos 2024
  6. Borang Butir Jaya Diri Penasihat / Penilai Luar, Ogos 2024

Sebagai makluman, sekiranya program yang melibatkan badan profesional dan mempunyai format laporan tersendiri, maka program berkenaan diberikan pengecualian untuk mengikut format standard badan profesional berkenaan.

Dokumen-dokumen yang terkini ini boleh dirujuk dan dimuat turun melalui portal Pusat Kualiti Akademik Universiti, www.quality.usm.my (menu Muat Turun > Dokumen Pusat Kualiti Akademik Universiti > Pembangunan Kurikulum / Semakan Kurikulum).

  • Hits: 65

Pusat Kualiti Akademik
Universiti (PKAUSM)

Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-653 6571 / 6572   |  Emel : pusatkualitiakademik@usm.my

  • Last Modified: Thursday 29 May 2025.