Pusat Kualiti Akademik Universiti  |  Universiti Sains Malaysia

7/2025 - PENERAPAN MQF EDISI KEDUA (2024) DALAM KURIKULUM PROGRAM AKADEMIK

Sebagaimana yang digariskan dalam Pekeliling MQA Bil. 5/2024 Pemakaian Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) Edisi Kedua (2024), semua program akademik perlu melaksanakan penjajaran bagi mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) Edisi Kedua (2024) yang turut memberi penekanan kepada Value-Based Education (VBE) dan Education for Sustainable Development (ESD). Berdasarkan Pekeliling tersebut, semua program akademik perlu menggunakan MQF Edisi Kedua (2024) ini selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2026.

Sehubungan dengan itu, pemakaian MQF Edisi Kedua (2024) dalam kurikulum program akademik akan berkuatkuasa pada Semester 1, Sidang Akademik 2026/2027. Dalam hal ini, Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKA) telah menyediakan dokumen-dokumen berikut bagi proses penerapan MQF Edisi Kedua (2024) dalam kurikulum program akademik;

 Oleh yang demikian, semua Pusat Pengajian/ Pusat/ Institut diminta untuk;

    • Menyediakan maklumat mengikut enam (6) Senarai Semak yang disenaraikan di atas
    • Menyerahkan keenam-enam Senarai Semak kepada Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKA), selewat-lewatnya pada 15 September 2025, bagi tujuan semakan dan perakuan
    • Sebarang pengubahsuaian terhadap Borang Penawaran Kursus (BPK) sedia ada adalah TIDAK DIBENARKAN. Pemurnian CLO berkaitan elemen VBE dan SC hanya ditunjukkan dalam Senarai Semak 5.

Tarikh akhir penyerahan maklumat (i) dan (ii) adalah pada 15 September 2025.

 Dokumen bagi proses pelaksanaan MQF Edisi Kedua (2024) boleh dirujuk kepada pautan Dokumen MQF Edisi Kedua (2024).

  • Hits: 372

Pusat Kualiti Akademik 
Universiti (PKAUSM)

Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-653 6571 / 6572   
Emel : pusatkualitiakademik@usm.my

  • Last Modified: Thursday 24 July 2025.

Penafian :

Laman web ini menggunakan komponen GTranslate bagi tujuan terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris (US). Sekiranya terdapat sebarang ketidaktepatan dalam terjemahan, versi Bahasa Melayu hendaklah dirujuk sebagai rujukan rasmi laman web ini.