8/2025 - PEMATUHAN SYARAT JUMLAH KREDIT MINIMUM BAGI KURSUS TERAS, PROJEK TAHUN AKHIR DAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM-PROGRAM AKADEMIK
Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKA) ingin berkongsi makluman penting berikutan dapatan umum daripada sesi Audit Akreditasi Penuh (FA) dan Penilaian Pematuhan (CE) yang telah dilaksanakan oleh Pusat Swa-Akreditasi (PSA) sehingga Jun 2025.
Dapatan audit ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perkara yang memerlukan perhatian bersama bagi memastikan setiap program akademik USM sentiasa mematuhi Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) serta Standard Program yang ditetapkan oleh MQA. Pematuhan ini amat penting bukan sahaja untuk memenuhi syarat akreditasi, malah bagi memastikan kualiti pembelajaran pelajar berada pada tahap tertinggi.
Sehubungan itu, pihak YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dipohon untuk memastikan perkara berikut diberi perhatian:
- Kursus Teras – Bagi program Ijazah Sarjana Muda, program perlu mematuhi keperluan minimum kredit Kursus Teras seperti yang telah ditetapkan dalam Standard Program berkaitan
- Latihan Industri – Formula penetapan kredit adalah 1 kredit = 2 minggu latihan industri. Keperluan penawaran dan bilangan kredit bagi kursus Latihan Industri adalah bergantung kepada Standard Program masing-masing yang perlu dipatuhi
- Projek Tahun Akhir – Keperluan penawaran dan bilangan kredit bagi kursus Projek Tahun Akhir juga adalah bergantung kepada Standard Program masing-masing dan perlu dipatuhi
PKA amat menghargai komitmen dan kerjasama YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dalam memastikan pematuhan ini. Langkah ini bukan sahaja memelihara status akreditasi program, malah memperkukuh reputasi USM sebagai sebuah institusi yang sentiasa mengekalkan standard akademik yang cemerlang.
- Hits: 28
