9/2025 - PERINGATAN SYARAT KEMASUKAN MENGIKUT STANDARD PROGRAM BAGI KEMASUKAN PELAJAR, PENAWARAN PROGRAM DI LUAR KAMPUS SERTA SYARAT KOMPETENSI BAHASA INGGERIS BAGI PELAJAR WARGANEGARA DAN BUKAN WARGANEGARA
Dimaklumkan melalui Mesyuarat Penyelarasan Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKA) dan Pusat Swa Akreditasi (PSA) Bil. 2/2025 pada 30 April 2025, beberapa isu berkenaan syarat-syarat kemasukan dan pematuhan kepada syarat kompetensi Bahasa Inggeris mengikut perkara yang telah ditetapkan oleh pihak MQA dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) telah dibangkitkan.
Sehubungan dengan itu, PTJ adalah diminta untuk menyemak dan menentukan hal-hal seperti berikut:
- Menyemak syarat kemasukan yang ditetapkan dalam Standard Program termasuk syarat kompetensi Bahasa Inggeris untuk pelajar Bukan Warganegara dan Warganegara semasa proses pengambilan pelajar baharu setiap sidang akademik
- Menyemak syarat kelulusan penawaran program untuk dilaksanakan di lokasi yang
telah diluluskan dan juga dilaksanakan di lokasi PTJ induk. Peringatan bahawa program yang hendak ditawarkan di luar kampus mestilah telah ditawarkan di dalam kampus terlebih dahulu sekurang-kurangnya setahun penawaran - Bagi program ijazah tinggi, PTJ perlu menawarkan kursus prasyarat kepada pelajar yang tidak mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam bidang yang berkaitan selaras dengan ketetapan Standard Program masing-masing
PKA amat menghargai komitmen dan kerjasama YBhg. Prof. Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dalam memastikan pematuhan ini. Langkah ini bukan sahaja memelihara status akreditasi program, malah memperkukuh reputasi USM sebagai sebuah institusi yang sentiasa mengekalkan standard akademik yang cemerlang.
- Hits: 36
