1/2026 - MAKLUMAN PENERBITAN ADVISORY NOTE BIL. 1/2026: PANDUAN PRINSIP PENILAIAN HASIL PEMBELAJARAN PELAJAR DAN PENEGASAN PEMATUHAN STANDARD
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
YBrs. Dato'./ Prof./ Prof. Madya/ Dr.,
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Pusat Kualiti Akademik (PKA) ingin menarik perhatian pihak Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengenai pengeluaran Advisory Note Bil. 1/2026 oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Dokumen ini bertujuan untuk:
-
- Memberikan penjelasan lanjut dan cadangan amalan baik mengenai prinsip penilaian hasil pembelajaran pelajar.
- Menawarkan fleksibiliti dan autonomi kepada institusi (PPT) dalam mempelbagaikan kaedah penilaian berdasarkan keperluan program masing-masing.
3. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam interpretasi dokumen jaminan kualiti, pihak PTJ diingatkan mengenai hirarki punca kuasa berikut:
-
- Surat Pekeliling MQA: Merupakan punca kuasa bagi dasar-dasar jaminan kualiti seperti pemakaian Standard Program (Program Standards, PS) dan COPPA. Ia menetapkan syarat minimum yang wajib dipatuhi sepenuhnya untuk tujuan akreditasi program.
- Surat Makluman MQA: Digunakan untuk menyampaikan maklumat mengenai ketatapan atau pindaan yang lebih bersifat operasional, procedural atau pentadbiran.
- Advisory Note: Dokumen ini adalah bersifat panduan dan cadangan penyelesaian bagi membantu institusi dan pemilik program menambah baik amalan sedia ada.
Rujukan dokumen di laman sesawang MQA dan Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi (2009-2020) Edisi Ketiga.
|
Ciri Utama
|
Surat Pekeliling MQA
|
Advisory Note
|
|
Punca Kuasa
|
Arahan rasmi Agensi.
|
Penjelasan lanjut dan cadangan amalan baik.
|
|
Kandungan
|
Menguatkuasakan Standard Program dan Kod Amalan (COPPA).
|
Memberikan cadangan penyelesaian dan alternatif kaedah.
|
|
Status Pematuhan
|
Wajib dipatuhi sepenuhnya oleh semua PPT.
|
Bersifat pilihan (optional) untuk penambahbaikan amalan sedia ada.
|
|
Kesan Ketidakpatuhan
|
Menjejaskan status akreditasi atau menyebabkan permohonan ditolak.
|
Tidak menjejaskan akreditasi selagi standard minimum dalam Pekeliling dipatuhi.
|
|
Hubungan Kuasa
|
Menetapkan kriteria minimum yang sah di sisi audit.
|
Tidak boleh mengatasi (supersede) ketetapan dalam Program Standard atau Pekeliling.
|
|
Contoh dokumen
|
1. SURAT PEKELILING MQA BIL. 2/2026.
PENGGUNAAN GARIS PANDUAN PENDIDIKAN BERTERASKAN NILAI (GUIDELINES ON VALUES-BASED EDUCATION, GVBE) 9 JANUARI 2026 2. PEKELILING MQA BIL. 7/2025 PENGGUNAAN STANDARD PROGRAM: KECERDASAN BUATAN (PROGRAMME STANDARDS: ARTIFICIAL INTELLIGENCE, PS:AI) 10 NOVEMBER 2025 3. PEKELILING MQA BIL. 5/2025 PENGGUNAAN STANDARDS FOR UNDERGRADUATE PROGRAMME 27 MAC 2025 4. PEKELILING MQA BIL. 4/2025 PENGGUNAAN EDISI TERKINI STANDARD PROGRAM : SENI PERSEMBAHAN 26 MAC 2025 |
1. PANDUAN PRINSIP PENILAIAN HASIL PEMBELAJARAN PELAJAR
(28 JANUARI 2026) 2. PENDEKATAN PEMBELAJARAN MOD INDUSTRI (26 MAC 2025) 3. PENGGUNAAN TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN GENERATIF (GENERATIVE ARTIFICIAL INTELLIGENCE) DALAM PENDIDIKAN TINGGI (31 Mac 2023) |
4. PKA ingin menegaskan bahawa walaupun Advisory Note Bil. 1/2026 memberikan ruang autonomi kepada pemilik program, ia TIDAK MENGATASI (SUPERSEDE) ketetapan mandatori dalam Standard Program sedia ada. Setiap perancangan atau perubahan kaedah penilaian yang ingin dilaksanakan di bawah "autonomi" ini mestilah sentiasa berada dalam lingkungan keperluan yang telah ditetapkan oleh Standard Program. Sekiranya terdapat percanggahan antara panduan dalam Advisory Note dengan peruntukan dalam Program Standard, maka peruntukan Standard dalam Pekeliling Makluman adalah rujukan utama yang sah dan mesti didahulukan bagi tujuan penilaian kualiti dan audit.
5. PKA sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat nasihat sekiranya pihak PTJ memerlukan penjelasan lanjut mengenai penyelarasan antara Advisory Note terkini dengan keperluan Program Standard.
Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan dalam perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
- Hits: 5
